Wednesday, October 9, 2013

KLINIK PENGUBATAN ISLAM SYIFA AS SAKINAH (SAS)



Sakit atau berpenyakit adalah merupakan  ujian Allah swt. 
Setiap penyakit ada ubatnya. Sabda Rasulullah saw " Allah swt tidak akan menurunkan penyakit, melainkan diturunkan juga PENAWARNYA.



Adalah menjadi kewajipan bagi kita untuk berikhtiar dan berusaha 
sedaya  upaya untuk mencari penyembuhan. Penyembuhan ada di 
mana-mana,  samada di klinik atau di hospital kerajaan. 
Begitu juga,penyembuhan juga mungkin berada di klinik-klinik atau 
di pusat-pusat pengubatan Islam.


Apakah Tanda-Tanda Gangguan Makhluk Halus ?


(A) TANDA-TANDA SEWAKTU TIDUR

  • Sangat susah untuk tidur pada waktu malam, sekalipun dapat tidur ia mengambil masa yang lama.
  • Bermimpi menyusukan bayi/anak kecil
  • Rasa cemas dan sering terjaga pada waktu malam
  • Mimpi buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta memekik 
    untuk meminta pertolongan tetapi tidak sanggup.
  • Mimpi melihat sesuatu yang amat menyeramkan
  • Mimpi melihat binatang seperti ular, kucing, anjng, 
    unta, singa, serigala, dan tikus.
  • Gigi geraham berbunyi pada waktu malam.
  • Perasaan sedih ketika tidur.
  • Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  • Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
  • Mimpi berada di dalam kubur, tempat pembuangan sampah atau 
    tempat yang mengerikan Mimpi melihat seseorang yang sangat aneh, seperti sangat tinggi atau sangat pendek.
  • Mimpi melihat hantu.

(B) TANDA-TANDA SEWAKTU SEDAR

  • Kepala selalu pening yang bukan disebabkan oleh penyakit, sakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  • Selalu lupa perkara ibadah seperti solat, zikir dan lain-lain.
  • Fikiran selalu terganggu atau bercelaru.
  • Selalu lesu dan malas yang bukan disebabkan tabiat.
  • Saraf yang tersumbat.
  • Sakit pada anggota badan yang tidak ada kaitan dengan penyakit zahir atau Hospital tidak dapat mengetahui masalahnya atau tidak sanggup mengubatnya.
  • Perasaan takut tanpa sebab-sebab yang dapat dipastikan. 
  • Perasaan takut kadangkala merasa seolah-olah diri diperhatikan dari satu arah tentu.
  • Perasaan takut pada masa-masa tertentu terutamanya  pada waktu malam bermula selepas maghrib sehingga tengah malam. 
  • Sesetengah pesakit mula merasa sejuk pada kedua-dua tangan dan kaki setiap kali waktu malam.
  • Seringkali mendengar bisikan-bisikan tertentu.
  •  Merasa marah tanpa sebab-sebab yang munasabah.
  • Jantung sentiasa berdebar-debar tanpa sebab.
  • Merasa benci kepada suami atau isteri serta merasa marah bersangatan tanpa sebab atau disebabkan perkara yang kecil.
  • Tiada bernafsu setiap kali ingin bersama isteri atau suami.
  • Seringkali terhidu bau wangi atau busuk.
  • Terdapat bonjolan yang menyakitkan dan kadangkala bonjolan ini berubah dari satu tempat ke tempat yang lain.

          (C) TANDA-TANDA BAYI DIGANGGU MAKHLUK HALUS

  •  Mata dia akan melilau melihat sekeliling kekiri kekanan.
  • Menangis meraung-raung tetapi tiada airmata.
  • Menangis seolah-olah sedang kesakitan sangat-sangat.
  • Menangis dalam keadaan takut.
  • Tidur dalam keadaan terkejut-kejut.
  • Tidur di selang seli dengan tangisan.
  • Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari. Contoh, hari ni menangis pukul 3 pagi, esoknya pon menangis pukul 3 pagi, lusa pon pukul 3 pagi. 
  • Mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Boleh terjadi dalam keadaan tidak sedarkan diri (ketika tidur).  
  • Menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan.

PERHATIAN PENTING !
APABILA SESEORANG ITU MEMPUNYAI SIMPTOM-SIMPTOM GANGGUAN, 
MAKA HENDAKLAH MENDAPTKAN RAWATAN SECARA ISLAM ... BUKAN BERJUMPA BOMOH, DUKUN, TOK PAWANG DAN SEBAGAINYA. 




Pihak Syifa As Sakinah menawarkan pengubatan Islam yang 
menggunakan ayat-ayat suci al-Quran, salawat-salawat Nabi & doa dalam menjalankan rawatan-rawatan berikut: 

RAWATAN GANGGUAN JIN SIHIR
RAWATAN GANGGUAN JIN SAKA
RAWATAN HISTERIA
RAWATAN PAGAR RUMAH
RAWATAN PENYAKIT MISTERI
RAWATAN GANGGUAN PADA BAYI 
... dan lain-lain





Untuk mendapatkan rawatan, anda hendaklah 
membuat temujanji terlebih dahulu.
Sila CALL/SMS :
012-6398524
( Us.Rosmin Adam )

Sila datang sendiri ke :
Klinik Pengubatan Islam SYIFA AS SAKINAH, 
No.2, Kedai Surau Al-Falah, Tmn.Desa Rhu, Sikamat, 
70400 Seremban, N.Sembilan.


No comments:

Post a Comment